Biasiswa myMaster (myBrain15)

Assalammualaikum.
Kali ini eca nak berkongsi mengenai biasiswa MyMaster.Ianya merupakan satu biasiswa kerajaan kepada pelajar pascasiswazah.Tetapi tidak semua pengajian layak mendapat biasiswa ini.Sebelum tu, mari baca serba sedikit mengenai MyMaster.

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

Syarat-syarat :
1. Warganegara Malaysia.

2. Tiada had umur.

3. Pemohon mestilah:

  • Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
  • Kakitangan swasta; atau
  • Pensyarah IPTS.; atau
  • Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara); atau
  • Pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA

4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.

5. Penjawat awam/badan berkanun/IPTA lantikan tetap tidak layak memohon.

6. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyMaster.

7. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 2.75 – 4.00 atau setara; atau
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 2.50 – 2.74 atau setara dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.

8. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Sarjana atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Sarjana sahaja.

9. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:

  • Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada IPT masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
  • Pemohon kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh
  • Pemohon kategori kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara) dan pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

10.Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah seperti berikut:

  • Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap mestilah mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  • Pemohon kategori kakitangan swasta, pensyarah IPTS, kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara) dan pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA boleh mengikuti pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa.

11. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di IPTA atau IPTS bertaraf Universiti, Kolej Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara.

Perjanjian ini amat penting bagi Pelajar Pascasiswazah.
(a) Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin. Walau bagaimanapun, tiada ikatan Perjanjian untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak selepas tamat pengajian.
(b) Perjanjian boleh ditamatkan dan tuntutan ganti rugi boleh dikenakan terhadap pelajar sekiranya:
  • Pelajar menarik diri atau menangguh pengajian tanpa kebenaran;
  • Pelajar diberhentikan pengajian oleh IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang telah ditetapkan di bawah peraturan IPT berkenaan; atau
  • Pelajar gagal dalam pengajian.

Untuk menyemak samaada universiti pengajian anda layak,klik SINI
Berikut adalah senarai pengajian yang layak mendapat biasiswa MyMaster :
Bidang pendidikan yang dibenarkan hanyalah seperti berikut:
· Pendidikan berteraskan S&T;
· Pendidikan Awal Kanak-Kanak/ Pra-Sekolah;
· Pendidikan Khas;
· Pendidikan Bahasa;
· Pendidikan Kurikulum;
· Pendidikan Seni;
· Pendidikan Sains Sukan;
· Pendidikan Psikologi; dan
· Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.

Pengurusan Pendidikan takdapat yer, eca dapat pinjaman PAMA je =)
Thanks Bapa & Mama sebab support. Biasiswa myMaster (myBrain15)

3 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown November 27, 2014 at 3:23 PM
Bestnyaa smbung master. Eca, boleh pjm mara ka?
Unknown Unknown November 27, 2014 at 3:23 PM
Bestnyaa smbung master. Eca, boleh pjm mara ka?
ecadwinkyasha ecadwinkyasha November 27, 2014 at 7:16 PM
tidak, saya bayar sendiri..rasanya boleh, cuba selalu cek ebsite MARA