Format Ulasan Artikel dalam Jurnal

Assalammualaikum.
 
Salah satu "assignment" wajib selalunya ialah review jurnal/artikel.Tak kira pengajian peringkat mana sekalipun, eca rasa ini adalah assignment yang amat popular.Bagi eca, sebagai pelajar pascasiswazah, tugasan sedemikian dapat membantu kami untuk bersedia menyiapkan jurnal yang baik semasa semester akhir nanti.So, berikut adalah isi yang boleh digunakan ketika menyiapkan ulasan (review)


  CONTOH ULASAN ARTIKEL DALAM JURNAL
  • Tajuk Artikel :
    Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang :
    Tajuk Artikel dan Maklumat berkaitan (contohnya : Tarikh Artikel Diterbitkan/ Nama Jurnal/ Bilangan dan sebagainya…)

    BAHAGIAN A : ULASAN MENYELURUH
    • Huraikan isi kandungan artikel yang dipilih secara keseluruhannya.

    BAHAGIAN B : PENDAPAT PENGULAS
    • Apakah isu utama yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis?
    • Adakah isu itu menarik? Mengapa?
    • Adakah isu yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis relevan bagi anda sebagai seorang penyelidik?
    • Adakah saya setuju (atau tidak setuju) dengan isi kandungan/ hasil dapatan kajian artikel ini?
    • Adakah dan bagaimanakah persoalan kajian dijawab oleh penyelidik/penulis?
    • Adakah metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik/penulis sesuai dengan kajian yang dijalankan?(contoh : pemilihan informen/responden kajian dan kaedah pengutipan data yang digunakan)
    • Adakah dapatan kajian ini boleh dipercayai atau menyakinkan anda?
    • Apakah langkah yang diambil oleh penyelidik/penulis untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian?
    • Adakah pengkaji mengambil langkah yang relevan bagi memastikan etika penyelidikan dipatuhi?
    • Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan terhadap cara anda berfikir tentang perkara yang dibangkitkan dalam artikel tersebut?
    • Bagaimanakah maklumat atau pengetahuan yang anda perolehi melalui pembacaan artikel ini dapat mencerahkan atau memperbaiki cara anda melaksanakan penyelidikan secara kualitatif/kuantitatif?


    BAHAGIAN C : PENUTUP
    • Apakah penemuan/ilmu pengetahuan baru daripada artikel yang anda perolehi atau pelajari sebagai seoarang bakal penyelidik?
    • Bagaimanakah anda akan menggunakan ilmu pengetahuan ini dalam kajian yang akan anda lakukan pada masa akan datang?
    • Sekiranya anda melakukan kajian seperti yang dibincangkan dalam artikel yang anda pilih, apakah ada perkara yang ingin anda ubah bagi meningkatkan kualiti kajian?



Hopefully eca dapat membantu kamu.Perkongsian ini eca terima dari pensyarah Kaedah Penyelidikan (Kuantitatif) eca iaitu Dr Suyansah Swanto.Thanks Dr! =)
Kalau nak PRINT, sila klik pautan ini.Link Ulasan Artikel
Format Ulasan Artikel dalam Jurnal

2 comments.. read them below or add one

along39 along39 May 27, 2015 at 12:40 PM
thanks ya..banyak membantu saya dlm membuat ulasan journal untuk esaimen group =) thumbs up!!