By Coursework or By Research.

Assalammualaikum.
Entry ini eca tulis untuk menjawab soalan kawan eca.Pening kepala nak sambung MASTER..tak faham mengenai "by coursework" atau "by research".Mari eca terangkan....sila amik perhatian yer.


"by coursework"
Ianya sebenarnya merujuk kepada pembelajaran yang disertai dengan kelas, assignment & exam.Contohnya course eca, Pengurusan Pendidikan (hanya ada untuk part-time), kami diWAJIBkan hadir ke kelas, siapkan assignment, buat presentation dan akhir sekali WAJIB hadirkan diri ke Peperiksaan.
 
Kuliah hanya sekali (Sabtu & Ahad) untuk satu subjek yang korang ambil.Contohnya , 1hb - 2hb Januari untuk Subjek A, 24hb - 25hb Januari untuk Subjek B.Itu untuk bulan Januari, nanti bulan Februari pun sama juga...jangan risau, nanti akan diberi jadual kuliah lengkap nama pensyarah + tempat pembelajaran.

Markah keseluruhan dibahagikan kepada dua iaitu Assignment (70%) dan Exam (30%)
Ohya, untuk coursework, tetap ada "tesis" atau actually kitaorang panggil "disertasi", tetap kena buat research oke, tapi skopnya lebih kecil.



"by research"
Untuk Program Research, korang tak perlu masuk kelas, tiada assignment tiada exam.Korang cuma perlukan tajuk kajian yang ingin dikaji + seorang supervisior.Setiap bulan atau setiap semester, korang akan berjumpa dengan supervisior korang.Yang tak bestnya, bila korang tak reti atau tak yakin buat "research" ,akan jadi tunggang-langgang lah research tu.Tapi, sila rebut peluang masing-masing..Tebalkan muka masuk kelas untuk timba ilmu.

Tapi kalau korang dapat supervisior yang BAIK, konfirm BAHAGIA la hidup korang...tak pening kepala dapat tunjuk ajar mereka, apatah lagi mendengar pengalaman mereka.


So, by coursework or by research, semua itu  terletak pada tangan korang sendiri!!!.
..dan BERITA BAIK eca nak inform, Pengambilan Pascasiswazah UMS Sem 1 Sesi 2014/2015 telah dibuka sehingga 1 July 2014.Sila rujuk pautan ini  : Pasca Intake 2014

By Coursework or By Research.

0 comment... add one now