Perjalanan 2 tahun

Assalammualaikum.

Pertama sekali, eca nak lafazkan Syukur Alhamdulillah atas rezeki sambung belajar ini.Memang eca pernah berangan-angan untuk sambung belajar ke peringkat Sarjana (Master) selepas tamat  Sarjana Muda (Bachelor Degree), cuma tak sangka ianya secepat ini.

Bagi eca, pendidikan itu tidak terhenti apabila kita sudah melepasi satu-satu tahap.Contohnya, dah tamat Ijazah Sarjana Muda...terus fokus kepada bidang pekerjaan.Jangan fikir sedemikian dan tak salah untuk terus belajar kerana setiap hari kita belajar benda baru.Insyaallah.


KENAPA BUKA BLOG INI?
Sebagai seorang blogger, eca rasa berkongsi pengetahuan eca mengenai "dunia master" eca adalah satu cara untuk eca mencatat segala pengalaman mahupun ilmu sepanjang eca mengikuti pengajian.Lagipun, ini adalah salah satu medium bagi eca untuk menzahirkan perasaan eca dalam mengutip ilmu pada lautan yang terbentang luas.Semoga ianya memberi manfaat kepada eca.


IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN(PENGURUSAN PENDIDIKAN)
Untuk pengetahuan semua, eca adalah penuntut ijazah sarjana pendidikan (pengurusan pendidikan).Eca memilih pengajian ini adalah kerana minat eca dalam mengurus dunia pendidikan yang amat luas ini.Tambahan pula, eca bercita-cita untuk lebih memartabatkan profession perguruan ke arah yang lebih baik.Walaupun eca masih belum mendapat "penempatan mengajar" dimana-mana sekolah, eca tidak pernah berhenti berdoa.Moga dengan kelulusan ini, eca berjaya mendapat perkerjaan yang setimpal, tak jadi cikgu, jadi pengajar kepada cikgu pun apa kurangnya? :)


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
UMS menjadi pilihan eca kerana ianya memudahkan eca untuk pergi kuliah.Walaupun universiti terdahulu juga menawarkan program yang sama, eca lebih yakin dengan UMS, tambahan pula waktu kuliah yang fleksible serta persekitaran yang lebih baik.Sesekali tukar angin katanya =)


Semoga apa yang bakal eca kongsikan disini, memberi manfaat kepada semua *-*
Perjalanan 2 tahun

3 comments.. read them below or add one

Mia Liana Mia Liana March 25, 2014 at 10:46 PM
congratsss ya eca... dah sambung master..
ecadwinkyasha ecadwinkyasha March 26, 2014 at 5:34 AM
Thank Kak Mia.....alhamdulillah, da masuk sem 2 :)
ecadwinkyasha ecadwinkyasha March 26, 2014 at 5:34 AM
Thank Kak Mia.....alhamdulillah, da masuk sem 2 :)