Tak Perlu Gerun dengan SV!

Assalammualaikum.
lama tak UPDATE blog ne...1st, nak inform Proposal Disertasi sedang berjalan.So, rasa nak kongsi pengalaman dengan SV eca yang MACHO *mohon Dr Tan baca neyh!*

Masa semester 2 lagi, senarai SV dah diberikan.Dah tau SV eca namanya PM Dr Tan C.K....lecturer ICT...tapi seriously, langsung TAK KENAL dan TAKDE KESEDARAN SIVIK tul nak p jumpa SV.tangguh sampai naik semester 3.Bila semester 3 ne, dapat tahu pulak SV eca merupakan pensyarah untuk subjek elektif (Pengurusan Keselamatan ICT di Sekolah).*RASA BATU KENA HEMPAP ATAS KEPALA*..Masa tu fikir macam-macam tau, Dr ne kan lecturer ICT mesti dia suruh buat pasal ICT, tu antara yang eca fikirkan tapi tak nak tau buat apa-apa berkaitan ICT, takut lari bidang.

So, bacala beberapa jurnal tuk cari tajuk.Baca satu-dua jurnal, siap jurnal luar negara *hebat sudah tu mata dah sepet gara-gara translate jurnal BI*....siaplah konon-kononnya, tajuk fuhh!.boleh proceed sebab tak pernah dibuat di Malaysia.So, text la Dr Tan nak jumpa dia bincang pasal proposal.Bila dah jumpa tu, buatlah muka RELAX...relax kepala hotak, daku menahan kencing dari opis ke UMS sebenarnya tu.hikhikhik~

bincang-bincang TAJUK je oke.Pastu Dr Tan tengok Persoalan Kajian & Instrumen.Masa tu, instrumen tak da lagi.So, dia apa lagi, REJECT la tajuk..Dengan alasan, "Tajuk ne akan buat U susah dalam bab 2 & bab 3, susah nak cari teori, nak cari kajian lepas"....so, terima je la kan, takkan nak berdebat dengan SV.Fikir yang positif mungkin betul cakap SV, then eca pun buat muka seposen la, tanya SV tajuk apa yang boleh beliau cadangkan.Boleh pulak SV cadangkan "U buat tajuk motivasi, U baca jurnal dan cari instrumen, nanti U hantar masa kuliah kita"...redha je lah bila SV dah cakap macam tu!



Nasib baik masa kelas, hantar bab 1, SV approved & suruh proceed...Next kuliah hantar bab 2 pulak, tapi bab 2, ada masalah pasal teori & model.KELIRU & tak cukup masa nak buat sebenarnya.So, apa lagi, redha je inform SV.Nasib baik dia oke & dia tolong betulkan apa yang eca keliru...see, nak berdepan dengan SV takyah gerun-gerun oke?!.Sebenarnya, risau salah Model yang digunakan...then, tanyalah Dr Tan.Nasib baik pengetahuan Dr Tan ne luas, even bidang dia ialah ICT, bidang lain pun dia serba tahu...sangat-sangat HAPPY tapi bila dia pesan "U proceed sampai bab 3, bab 1-3 mesti dalam 50 pages, hantar 14 Disember, U email saja, nanti I baca".

oke, pengsan lima saat.
sebenarnya, bila jumpa SV, takyah nak gerun-gerun.Takyah cakap, ish SV ne dia suh baca jurnal la, SV ne suruh buat macam ne lah..SV dah bagi tajuk, suruh buat Kualitatif....jangan mengeluh.Macam eca, apa yang eca amalkan sebelum jumpa SV, doa yang baik-baik jak.Insyaallah, baik-baik juga perbincangan kita tu...dan tolong ingat, SV korang makan nasi takdenya SV makan manusia yer! 

jom sambung buat proposal =)







Tak Perlu Gerun dengan SV!

0 comment... add one now